Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 24 January 2013

Sepah The Movie


Mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan motor cross. Mereka dikenali sebagai Sepah yang merupakan juara motor cross di sekitar Johor Bahru. Ayu Sofea, seorang gadis cantik yang bertugas sebagai trainer di kilang mereka bekerja. 

Pelbagai strategi, sketsa dan babak-babak yang diataur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. Kegagalan Sepah untuk memenangi hati Ayu Sofea berpunca dengan kemunculan seorang pengurus baru dikilang tersebut iaitu, Based yang juga merupakan seorang pelumba motor cross dan mempunya pasukannya sendiri. Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan sifat cemburu dan sakit hati yang akhirnya telah mencabar pasukan Based didalam suatu perlumbaan yang diadakan di ladang kelapa sawit. 

Jep mengalami kemalangan didalam perlumbaan tersebut dan mereka telah mendapat sindiran dari Based. Ayu Sofea menyedari Jep menyintainya. Tetapi Based lebih bijak mengatur strategi untuk memikat Ayu Sofea. Based telah mencabar Sepah berlumba sekali lagi di ladang kelapa sawit yang akhirnya telah mengundang kekalahan kepada Based. 

Tiga bujang Sepah mengambil peluang untuk kembali memikat hati Ayu Sofea terutama Jep. Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan Ayu Sofea? Apa yang terjadi kepada Based? Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE.





Kahwin 5




Filem ini berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik (dari Perak) yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri yang berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P. Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan). 

Kehidupan mereka sekeluarga aman bahagia sehinggalah Dr K dipengaruhi Rahim (pemandunya dan pengampu bos No 1 – lakonan Fizz Fairuz) membuat Dr K terjebak dengan “skandal” bersama Farra (Anzalna Nasir) iaitu adik kepada kepala “pailang”, Cico (Soffi Jikan). 

Terwujudlah dilema Dr K yang dipaksa berkahwin lagi walaupun sudah cukup kuota isterinya.

 



 



            




Minyak Dagu

Minyak Dagu (2013)

Sinopsis:
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. 

Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya.

Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. 

Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. 

Sumber : DewaTV